Semua orang akan dipanggil untuk menatap wajah ALLAH S.W.T yang maha indah di akhirat nanti .....Tetapi Dia sendiri akan datang berjumpa dengan perempuan yang menjaga auratnya dengan istiqamah .....

I.LOVE.[A]LLAH

YES,I'VE CHANGE NOW!alhamdulillah..
Assalamualaikum,
hari ni nak kongsi sedikit tentang kisah diri saya,harap bermanfaat kepada anda semua,insyaAllah..
kisah ni tentang hidup saya,yang jahil tentang agama,dan di mana suatu ketika DIA,Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang telah membuka hati saya,si hambaNYA yang hina ini..untuk menujuNya..ALHAMDULILLAH!
bismillah..

           dilahirkan sebagai seorang muslim memang suatu hadiah yang tersangatlah berharga daripadaNya kepada saya,alhamdulillah,bersyukur sangat.Namun ada apa pada diri muslim ini andai islam hanya keturunan??cuba anda bayangkan kalau anda dilahirkan dalam keluarga kafir,hidup bertuhankan selain Allah,hidup tanpa tuju yang nyata..nauzubillah..
bersyukur wahai saudaraku sekalian..anda insan yang bertuah..Allah kasihkan kita..
DIA permudahkan kita satu jalan..bersyukur!

          saya dibesarkan dalam suasana yang sederhana tentang agama,alhamdulillah..lagi bersyukur andai anda dibesarkan dalam keluarga yang sangat kuat agamanya,satu jalan yang sangat cerah tujunya..dan bagi yang di besarkan oleh keluarga yang kurang didikan agama,anda tidak seharusnya terus menyalahkan keluarga anda,kerana anda seharusnya dapat memilih yang mana baik untuk diri anda,anda semakin hari semakin matang bukan??pilih yang terbaik untuk diri anda..namun,sebagai ibubapa juga kita haruslah mendidik anak-anak kita kearah agama,anda  pasti akan bahagia kelak, melihat ulama'mu dengan akhlak yang mulia,mentaati.. menghormatimu,subhanAllah,syukur bukan..?

      dalam perjalanan hidup sebagai hambaNya di dunia ini,saya juga tidak terlepas daripada diuji..
diuji..untuk melihat betapa taatnya kita kepadaNya..ada tiga perkara yang telah diuji kepada hambaNya yang fakir ini..kisah tiga perkara yang menyebabkan saya tersedar,betapa hinanya saya,betapa kerdilnya saya...
    
       saya adalah seorang yang sangat mengagung-angungkan cinta di dunia ini,cinta kepada keluarga,cinta kepada sahabat dan cinta kepada sang adam...

       oleh itu Dia telah memberi dugaan kepada saya dengan mengambil ketiga-tiga cinta yang sangat saya agungkan..dan disaat itu barulah saya tersedar..

      Disaat hati..lelah..kehausan..
Bagaikan padang pasir yang kering dan tandus
Baru ku sedar..
Betapa hinanya diriku tanpa cintaMu..

Kau buka
Kau sinarkan
hatiku buat kali kedua,
akan ku berusaha sedaya upaya untuk tidak mengecewakan
KAU..Ya Rabb..

Maafkan aku
Kerana terlena dibuai cinta dunia
Sehingga cinta padaMU
Ku abaikan..
Maafkan aku..Ya Rabb…maaf….

Dengan rasa hina dalam diri ini
Aku mohon padaMU..
Pimpinlah daku kali ini,
Supaya aku tidak mengulangi kesilapan yang pernah aku lakukan..

Ya Rabb..
Tidak pernah hilang cinta ini padaMU
Cuma terlena dibuai mimpi
Aku mohon Ya Rabb..
Kuatkan cinta ini padaMu..
Agar kekal selama-lamanya..

Ya Rabb,
“Sungguh aku cintakan Mu…”


     mulai saat itu,hati ini..jiwa ini..hanya padaNya...
kaki ini,tangan ini..seluruh tubuh ini hanya menujuNya...

      pernah anda punyai kekasih yang sentiasa setia pada anda walaupun sudah berulang kali anda melakukan kesalahan..?
anda tidak akan pernah punyai kekasih seperti itu,kecuali ALLAH!
DIA masih sudi membuka hati ini ,pada hambaNya yang tidak memandang cintaNya...
subhanAllah...syukran YA RABB...
akan aku terus menyulam cintaku kepadaMU
agar ianya terus menyemarak di dalam jiwa ini..
terima kasih Ya Allah...
"sungguh aku cintakanMU"




HOW AND WHY I CHOOSE TO WEAR A NIQAB

Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah,thanks to Allah for give me time to write this entry..
Bismillah..
Dalam perjalanan penghijrahan hidup saya,saya banyak mencari tentang DIA..
Kalau boleh saya nak rasa cinta padaNYA dulu sebelum saya cintakan deenNYA..
Jadi saya banyakkan membaca buku,artikel untuk cari tentangNYA,untuk lebih mengenaliNYA..
Alhamdulillah..DIA permudahkan perjalanan saya mencari cintaNYA..
Saya dipertemukan dengan sebuah buku yang berjudul ‘BERTANYA TENTANG TUHAN’..
Dan DIA telah membuka hati saya untuk menghabiskan buku itu dalam masa yang singkat..
Dengan kuasaNYA..setiap bait-bait yang terkandung didalam buku tersebut  meresap masuk kedalam hati dengan mudah sekali..
Tak kering air mata ni setiap kali membaca  kandungan buku tersebut..

Pabila cinta mula membara..
Rindu mula bertamu..
Seluruh hidup ini hanya menujuNYA..

Bila cinta padaNYA mekar dihati ini,apa yang saya lakukan hanya kernaNYA..
Bila cinta datang,pasti diiringi lagu-lagu rindu..
Hati ini sering rindu..rindu untuk bertemuNYA..

Dalam melalui hari-hari dengan  rindu yang teramat sangat..
Saya dipertemukan dengan satu ayat..ayat yang merubah lagi diri ini..
“Semua orang akan dipanggil untuk menatap wajah ALLAH SWT yang Maha Indah di akhirat nanti,tetapi Dia sendiri akan datang untuk berjumpa dengan perempuan yang menjaga auratnya dengan istiqomah”

Impian terbesar saya ialah ingin bertemuNYA..
Bila terjumpa dengan ayat tu,saya betul-betul rasa bersemangat ..
Saya betul-betul ingin bertemuNYA..inilah peluang saya..jadi tak salah kalau saya nak usahakan..
Jadi dari situlah saya mula berniqab..

Saya nak kongsi sikit psal aurat..ye mmg muke bukan aurat..
Tapi muke jugak bley jadi aurat..
 pabila wajahmu yang bukan aurat itu menjadi aurat, maka tutuplah..
bagaimana wajah boleh menjadi aurat?
pabila ia mengundang fitnah..
bagaimana wajah boleh mengundang fitnah?
pabila kecantikan parasmu menjadi hayalan ramai jejaka,
pabila keayuan wajahmu menjadikan jejaka memujamu..
maka disitu, berniqablah..

ingat wahai wanita,
dikau perlu mendedahkan aurat untuk menaikkan syahwat lelaki,
namun, biar menutup semuanya, cukup dengan satu senyuman, hati lelaki bakal terpikat..

jadi waspadalah wahai wanita.. tidak aurat bukan bermaksud tidak harus dijaga.
                                                    -Ibnu rijal-

Macam tu la kisah macam mne saya bley berniqab,
Berniqab ni x la semudah yang kita sangkakan dan xjugak sesusah yang kita sangkakan..
Tapi bila cinta menguasai diri,xdihiraukan apa yang mendatang..
Hanya cintaNYA yang dituju..

Wahai muslimah sekalian,
Anda semua adalah jelitawan!
Selamat beristiqomah menjaga aurat J
Wasalam…

1 comment: